Saturday, December 31, 2011

Surat cinta malam Tahun Baru buat bakal suamiku tercinta :)

Suami tercinta,

Assalamualaikum.

Hye awak, awak sudah tidur ? Saya belum lagi, tak boleh nak tidur lah awak. Sudah berapa hari saya tak tulis surat pada awak kan, rindu pulak. Tapi saya sunyi lah awak malam ni. huhu dengan zikir ja lah yang buat saya tenang. Awak awak, malam ni malam tahun baru. Awak ada di mana ? Awak jangan bersuka ria pulak di luar sana. Ye lah awak malam tahun baru ni tak perlu lah bersuka ria sangat, lebih baik awak beramal ibadat okay ?

Awak, apa pon saya tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi yg ke 2012,InsyaAllah, azam kita tahun lepas, tahun ni, tahun depan aka esok & sampai bila-bila "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam." Semoga kita tetap istiqomah dlm beribadah awak. Selamat meneruskan 'perjuangan' di dunia dan harap Iman awak semakin meningkat dan kukuh.

Awak, saya tulis surat malam ni sempena untuk ucapkan Selamat Tuhan Baru awak. Saya harap awak sihat. Apa lah yang akan jadi pada kita tahun ni kan ? Hanya Dia yang Mengetahuinya awak. Agak-agak kita berjumpa tak ? Mungkin juga berselisih di tepi jalan kan, tapi kita tak tahu yang kita akan dijodohkan bersama. Tak apa awak, biar kita tak tahu dan biar kita tak berjumpa dan biar la masa yang menentukan. Ini rahsia Allah swt pada kita. Pada saya itu lagi 'sweet', kita akan betul-betul berjumpa dan kenal ketika kita betul-betul ingin di ijab qabulkan. :)

Awak awak, saya tak nak tulis lagi la surat malam ni. Nanti saya bertambah tacink. hehe Saya kan kuat tacink, awak ingat lagi tak surat yang saya tulis dulu saya ada beritahu awak. hehe :) Awak, saya sayang awak tau ? Sayang sangat-sangat ! Nanti kalau rajin saya tulis surat lagi okay ? Rindu awak ! :D


Yang merindui,
Bakal isterimu.


Surat cinta lagi buat bakal suamiku tercinta :)

Suami tercinta,

Assalamualaikum.

Awak, awak buat apa tu ? Semalam baru saya tulis surat pada awak kan. Tapi hari ni tiba-tiba saya rasa rindu pada awak, hati saya sedih. Kalau awak nak tau saya ni kuat touching tau. huhu Apabila saya tengok gambar kawan-kawan saya yang sudah akad nikah saya tengok bahagia sangat. Air mata saya pon bertakung awak, agak-agak nanti kita berdua bahagia macam mereka tak ? huhu

Awak awak, saya harap nanti awak dapat terima saya seadanya. Kekurangan saya cacat cela saya menjadi suatu kelebihan untuk awak. Awak di mana sekarang ? Agak-agak kita pernah berjumpa tak sebelum ni ? Saya rindu awak, saya sedih sekarang nak ja saya menangis dekat awak. Kalau awak ada sekarang mesti awak pujuk-pujuk saya kan ? Nanti kalau awak baca entry ni, mesti awak sedih kan sebab isteri awak sedang sedih sekarang kan. Hanya awak mampu pujuk saya kan nanti, cup ! awak ni pandai pujuk memujuk tak ? hehe 

Awak, awak nak tau sesuatu tak ? Dulu kan, masa sekolah menengah saya pernah bagi tau kawan-kawan baik saya "aku nanti nak dapat suami yang tak pernah ada hubungan dengan orang lain sebelum dia kahwin dengan aku. mesti syok kan weh?" Awak paham tak ? hehe Saya nak saya wanita pertama yang pernah hadir dalam hati awak, dan saya lah yang terakhir untuk awak. Bahagianya saya kalau impian saya ni tercapai awak. Awak awak, hati awak dah berpunya ka sekarang ? hurm Saya harap tak, biarlah awak hanya kepunyaan Allah swt dan ibubapa awak sahaja sekarang. Awak simpan lah sedikit ruang dalam hati awak untuk saya ya ? hurm :(

Awak, awak sihat ka sekarang ? Saya sihat-sihat ja sekarang. Awak nak tau tak, saya sentiasa berdoa untuk awak. Saya doakan agar prestasi Iman awak semakin meningkat, so nanti boleh la awak jadi pemimpin yang berjaya dalam keluarga kita nanti. Insyaallah :) Awak pon mesti doakan saya kan, sama-sama lah awak kita memperbaiki Iman kita untuk jadi yang terbaik. So, nanti bila kita sudah ditakdirkan berjumpa dan dijodohkan bersama boleh lah kita berkongsi ilmu. Maklumlah, saya ni seorang wanita yang lemah awak, perlukan bimbingan daripada seorang lelaki yang bernama suami iaitu AWAK ! ;) 

Okay la awak, saya di office ni. Time lunch saya pukul 1. Nanti ada masa saya tulis surat lagi pada awak okay ? :) Saya doakan kesejahteraan awak wahai bakal suamiku. Tak kira siapa awak, di mana awak berada, doa saya tetap untuk awak. Jangan risau bakal suamiku. Saya tak tau siapa awak, mungkin orang yang rapat dengan saya dan mungkin orang asing. Sudah la awak, semakin merepek saya kan ? hehe Awak jangan lupa lunch tau ? eh, yang penting awak jangan lupa solat okay ? daaa :)


Yang merindui,
Bakal isterimu.

Surat cinta buat bakal suamiku tercinta :)

Suami tercinta,

Assalamualaikum.
 
Di mana awak sekarang ? Hurm. awak nak tahu tak, saya harap saya dapat berjumpa dengan awak secepat yang mungkin. Agak-agak awak harapkan apa yang saya harapkan tak ? Awak nak tau tak ? saya baru saja baik dari demam, saya sakit perut dua tiga hari dah, muntah-muntah awak. Sakit sangat, saya sebenarnya baru saja balik dari Terengganu ada kenduri kat sana. Saya ikut sepupu saya, anak kepada kakak abah saya. Mungkin saya lama tak jalan-jalan jauh kan, tak pon saya salah makan. Sebab masa saya ontheway nak pergi jalan-jalan di Cherating tu, saya ada makan lempuk durian. hehe  Tapi saya suka makan durian tau, awak suka tak ? Kalau suka nanti boleh kita pergi makan dekat dusun kan, dusun siapa ? dusun awak la, awak ada dusun ? hehe

Awak, saya tak tau awak siapa tapi biarlah saya luah dekat sini okay ? Sebab saya tau awak ada di luar sana kan. Awak, awak buat apa sekarang ? Awak tidur ya ? hehe Awak awak, awak jangan lah bermesra sangat dengan perempuan lain pulak tau. Saya tak marah kalau awak kawan ja tapi yang penting awak tau jaga batas-batas pergaulan ya. Jangan biar perempuan berharap dengan awak, nanti awak akan sakitkan hati dia. Saya perempuan, saya tau macam mana sakitnya berharap dekat someone yang kita cinta tapi tak berbalas. Insyaallah saya pon akan jaga semua tu awak, okay ?

Awak awak, sekarang ni kan hanya Allah swt lah tempat saya mengadu. Hanya Dia paham isi hati saya awak. Saya pon harap awak selalu-selalu lah mengadu pada Allah swt apa-apa pon sebab Dia Maha Mengetahui tau. Saya tau ni tempat umum, tapi saja ja sebab saya tahu awak mungkin ada di luar sana. Awak, saya harap kan awak sedang mempersiapkan diri untuk yang selayaknya. Begitu juga dengan saya. Hurm

Awak, hati perempuan ni lembut dan rapuh sangat tau. Saya ni boleh tahan kuat jelesnya tapi bukan cemburu buta tau. hehe Saya okay ja kalau awak berkawan dengan sesiapa saja awak nak tetapi dengan cara yang betul la. Kita kan orang Islam mestilah ada batas-batasnya, tapi jangan kawan rapat-rapat sangat tau nanti saya jeles. hehe Saya tak minta awak perfect, tapi dengan kekurangan dan kelebihan yang awak ada itu lah perfect bagi saya. :)

Awak, Kepercayaan, memahami, keikhlasan, jujur dan rasa hormat itu yang perlu ada dalam hubungan. Kita perlu sama sama jaga lima perkara tu and agama paling wajib. Kita perlukan keberkatan dan diredhai oleh Allah swt. Awak, kalau awak seorang insan yang saya pernah kenal. Nanti kalau awak baca entry ni mesti awak tersenyum kan sebab isteri awak tengah merepek ja malam-malam kat blog ni, kan kan ? :D

Awak, nanti ada masa saya tulis lagi untuk awak. Sudah lewat ni saya nak tidur la awak. Selamat malam awak :) Awak, pelihara hati dan agama awak tau. Jaga diri awak tau, jangan nakal-nakal tau awak. Baik atau jahat itu satu subjektif, saya yakin percaya dengan awak. Ingat pesanan saya okay. Kuatlah sekarang untuk kebahagiaan akan datang. :)


Yang mencintai,
Bakal isterimu.